Ahad, 29 Ogos 2010

Kehidupan(^_^)

Kehidupan kita didunia ini memang sukar untuk diramal, kadangkala ia mungkin menyakitkan, kadangkala ia mengembirakan dan kadangkala ia mengharukan. Apa yang pasti segala yang berlaku menjadikan kita kuat dalam menempuhi segala cabaran, dugaan yang penuh dengan rintagan dan onak duri. Liku-liku kehidupan ini mendidik kita agar dapat membentuk kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya. Kehidupan yang sempurna tidak dapat dilihat melalui raut wajah seseorang kerana wajah seseorang mempunyai sejuta makna yang tidak dapat dihuraikan oleh sesiapa yang hanya berpengetahuan cetek.
Setiap kehidupan yang sempurna diiringi dengan seseorang yang penuh dengan kelembutan dan kasih sayang. Seseorang itu merupakan tulang belakang bagi kita yang memerlukannya untuk mengatasi segala masalah atau musibah yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Bila kita kehilangan seseorang dalam hidup kita, disaat itu barulah kita sedar kehadiran ia sangat penting dan kita amat memerlukan dia. Disaat kita ingin kembali kepadanya mungkin harapan untuk bersama masih ada dan mungkin peluang untuk kembali amat tipis, jadi hargailah dia sewaktu dia masih bersama kita walaupun hubungan itu berjahuan kerana jarak bukan pemisah dalam setiap perhubungan.
Kesimpulannya, setiap kehidupan perlu ada cinta dan kasih sayang agar kita memiliki kehidupan yang sempurna dan bahagia yang mana semua orang yang mendirikan kehidupan berpasangan inginkannya. Sesungguhnya kehidupan didunia ini amat menyeronokkan dan mengembirakan bagi mereka yang memiliki kasih sayang yang amat tinggi dalam diri mereka agar diri mereka menjadi sebahagian daripada kebahagiaan. Ini kerana kehidupan didunia ini amat adil dan penuh bermakna bagi semua. Sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan