Ahad, 29 Ogos 2010

about me!!(",)


Nama saya Muhamamd Haziqazwan Bin Abdul Razak. Dilahirkan pada 15 Desember 1992 di Hospital Besar Kuala Pilah. Saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang besar dan hidup dalam keadaan sederhana. Saya mempunyai sebelas adik beradik dimana terdiri daripada 7 lelaki dan 4 perempuan. Saya merupakan anak bungsu dan ‘adik kecik’, disebabkan itu tidak mustahillah saya tergolong dalam golongan “Anak Manja” dalam keluarga saya. Saya seorang yang sangat sukakan pada cabaran dan seorang yang periang dan sangat sukakan akan hiburan tetepi semua itu sekadar sokongan kepada saya agar menjadi kuat untuk menempuhi segala cabaran di dunia ini . Selain itu, saya juga seorang yang mudah bergaul dan mudah rapat dengan sesiapa yang saya kenal mahupun sesiapa yang baru saya kenal. Orang kata saya ni mudah untuk didampingi. Betul ker?? Hehe..(^^,) Segalanya hanya tuhan yang tahu samada betul atau tidak dakwaan orang terhadap saya..
Ramai daripada sahabat saya bertanyakan tentang apa itu ZNM?? Oleh itu sebagai seorang sahabat yang sejati saya akan menjawabnya denga hati yang redha(‘’,). Maksud ZNM itu adalah singkatan atau dalam erti kata yang lain kependekkan nama tiga orang yang terpenting bagi saya dan saya amat menyayangi mereka bertiga jadi disebabkan itu semua tentang diri saya walu dimana pun akan terselitlah perkataan ZNM. Itulah sedikit dan sebanyak tentang diri saya yang pemalu dan comel ini(^_^) [/orang tak nak puji,saya pujilah diri saya sendiri sekurang-kurangnya tidak menyakitkan dan menyusahkan diri org laen/]. Jadi jikalau anda semua ingin bersahabat atau berkenalan dengan saya sila hubungi atau SMS saya di talian seperti berikut untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut tentang diri saya.hehe3..
No tel.>0172268054 anda buleh menghantar email kepada saya iaitu:
SELAMAT MENCUBE DAN PASTIKAN PERCUBAAN ANDA DIKETAHUI OLEH IBUBAPA ANDA!!hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan