Assalamualaikum salam diberi,
Kejap timbul kejap tengelam. hehehe. Itu lah situasi yang berlaku dlm diri saya sekarang.
Dalam hal ini, saya kembali dalam blog ini setelah sekian lama saya mendiamkan diri kerana dengan cara ini sahaja dapat meluahkan ape yang terbuku yang sekian lama membuku dalam hati ini.
Selama saya mendiam, selama itu lah saya tak habis2 diuji dengan pelbagai masalah dan dugaan. Dalam pada masa tu lah, saya belajar terlalu banyak perkara yang mana dari situ saya boleh memperbetulkan diri ini.
She's gone. out of my live. I was wrong, I'm to blame , I was so untrue, I can live without her love,
In my life, there just an empty place, All my dream are lost, I'm wasting away, Forgive me girls..
She's Gone - SteelHeart
Semenjak aku pisah ngan Si Dia untuk kali kedua atas sebab yang mana kali ini aku sendiri tidak boleh dan tidak akan terima selamanya. Aku xnak jadi kambing hitam kau! Bermula dari situlah timbul satu persatu perpisahan diantara semua orang2 yang aku syang. Orang yang pertama meninggalkan aku ialah bapak angkat aku sendiri iaitu Juddin Bin Talib, dia dikenali sebagai Pak Jud dan Tok Jud dalam kalangan keluarga saya di kampung. Bila mengimbau semula semua kenangan semasa rapat dengan Pak Jud. boleh menitik o air mata ni. Sbb pergaduhan kecik kami terus x berhubung sehingga kini. Hanya kata kerinduan yang mampu saya ucapkan, dalam hati ini hanya tuhan saja yang tau betapa tebalnya rindu saya kat bapak.
Ini gambar kenangan kami semasa melancong di Indonisea. kami ke Candi Brubudor, hahaha,
Ku tempuhi segala onak berliku ini dengan tabah nya walaupon adakalanya rasa mcm nak tewas di pangkuan bumi kerana menangung derita sorang sorang. Dan sebab itu saya kembali ke laman ini semula sbb disini saja tempat saya mampu meluahkan segalanya yang tersurat dan tersirat.
Aku maafkan kamu, x perlu kita bertemu cukup kau tahu, yang aku maafkan kamu tolong teruskan hidup jangan sebut nama ku.
Jamal Vs Malique - Aku Maafkan Kamu
Semua permasalahan ini berlanjutan sehingga semua kenalan baru saya juga turut tinggalkan saya tanpa sebarang alasan. Adakah saya terlalu memilih? Rasanya x kot, semua orang mahukan yang terbaik dalam hidup masing2. Saya pon x terlepas dari perkara yang sama.
Muram, suram, kusam, termenung, sunyi, dulu2 mase semua ada, saya sentiasa tersenyum dok lihat terlatah dan gelak tawa masing2, huhuhu.. terutamanya Pak Jud. hehehe. kalau jumpa je ade je bende yang kami gaduhkan. Dan dah jadi kebiasaanya saya mesti kalah ataupon saya kene mengalah. hehehe. :)
Mungkin dah masa untuk aku buat buku baru in my life. Tapi setiap perubahan itu bakal disusuli dengan banyaknya dugaan, cabaran, godaan dan macam2perkara yang mungkin menyusahkan atau pon membebankan diri sendiri, keluarga, dan sahabat andai.
Maafkan saya pada mereka yang saya telah banyak saya susahkan terutamanya di kolej ni iaitu sahabat2 karib saya., jasamu tetap dikonang beb.
Harap semua mendoakan yang terbaik dalam hidup saya.
Akhir kalam untuk saat ini, Wasalam..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan